HomeUtamaKejohanan tenpin bowling Piala Mayor 2026 raih sambutan hangat

Kejohanan tenpin bowling Piala Mayor 2026 raih sambutan hangat

Read Time:48 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Kejohanan Tenpin Bowling Piala Mayor 2026 anjuran Kelab Boling Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menghimpunkan 54 pasukan dari Malaysia dan Brunei Darussalam dalam edisi tahun ini.

Kejohanan yang berlangsung di KK Galaxy Bowl, Centre Point Sabah dari 3 hingga 5 April itu diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.

Kejohanan tersebut dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu Kategori A bagi Berpasukan Terbuka Agensi Kerajaan/Swasta, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan serta Kategori B iaitu Bakers Style.

Pasukan DBKK B muncul juara bagi kategori A disusuli pasukan PDRM A di tempat kedua dan pasukan DBKK A di tempat ketiga.

Bagi kategori B pula, DBKK A merangkul juara diikuti SUKMA A sebagai naib johan dan Borneo 300 di tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK Robert Lipon.

Pasukan DBKK A
Pasukan DBKK B
RELATED ARTICLES
Utama

Rumah tengkorak bakal jadi ikon baharu pelancongan Murut di Tenom

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular