HomeUtamaBerita Baik Buat Pengguna Apple, Ryt Bank Kini Sokong Pembayaran Apple Pay

Berita Baik Buat Pengguna Apple, Ryt Bank Kini Sokong Pembayaran Apple Pay

Read Time:1 Minute, 7 Second

KUALA LUMPUR, — Berita baik buat pengguna peranti Apple di Malaysia apabila pelanggan Ryt Bank kini boleh menambah Ryt Card ke dalam Apple Wallet dan menggunakan Apple Pay untuk membuat pembayaran dengan lebih pantas, mudah dan selamat.

Ryt Bank dalam kenyataan hari ini berkata kemudahan itu boleh digunakan untuk pembayaran di kedai, secara dalam talian serta menerusi aplikasi yang menerima Apple Pay.

Pelancaran berkenaan turut menyaksikan Ryt Bank menjadi bank digital pertama di Malaysia yang menyokong kedua-dua Apple Pay dan Google Pay.

Langkah itu menyusuli pengenalan sokongan Google Pay oleh Ryt Bank pada Januari lalu, sekali gus membolehkan pelanggan menggunakan Ryt Card dengan lebih meluas merentasi ekosistem peranti Apple dan Android.

Bagi pengguna Apple, pembayaran tanpa sentuh kini boleh dilakukan menggunakan peranti Apple di mana-mana lokasi yang menerima Apple Pay.

Setiap transaksi Apple Pay perlu disahkan menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan peranti, manakala nombor akaun peranti unik dan kod keselamatan khusus bagi setiap transaksi digunakan bagi membantu melindungi maklumat pembayaran pelanggan.

Pengguna juga tidak perlu melalui proses rumit untuk mengaktifkan kemudahan itu. Mereka hanya perlu membuka aplikasi Wallet pada peranti Apple yang serasi, menekan butang “+” dan mengikuti arahan untuk menambah Ryt Card.

Pelaksanaan Apple Pay itu memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan Ryt Bank, khususnya pengguna iPhone dan peranti Apple lain, untuk melakukan transaksi harian tanpa perlu menggunakan kad fizikal.

RELATED ARTICLES
Utama

LKAN 2/ 2026 : Perbezaan premium insurans dan bon menyebabkan Kerajaan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular