HomeUtamaDUN Sabah: Persiapan rapi bagi kemasukan murid enam tahun ke Tahun Satu

DUN Sabah: Persiapan rapi bagi kemasukan murid enam tahun ke Tahun Satu

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bersedia menerima kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib, berkata pelbagai persiapan telah dibuat bagi memastikan pelaksanaan kemasukan murid ke Tahun Satu berjalan lancar.

“Antara langkah yang diambil ialah mengurus penempatan guru baharu daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara terancang, disamping pelantikan guru secara Kontrak Perkhidmatan (COS) bagi memenuhi keperluan semasa,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Justin bertanya mengenai persiapan bagi menerima kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun Satu pada 2027 serta kaedah untuk memastikan guru tidak terbeban dengan pertambahan murid.

Menurut James, bagi mengurangkan beban tugas guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPNS sedang meneliti cadangan penambahan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bagi membantu mengurus urusan bukan akademik, sekali gus membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.

“Dari aspek kemudahan fizikal, langkah yang diambil adalah seperti pembinaan bilik darjah tambahan, pengubahsuaian dan naik taraf bilik darjah sedia ada serta pelaksanaan persekolahan dua sesi di sekolah-sekolah yang memerlukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah nafi penukaran RM200 juta kepada RPS di SDBank adalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular