HomePolitikUMNO Sedia tawan Kerusi Parlimen Sepanggar – Yakub

UMNO Sedia tawan Kerusi Parlimen Sepanggar – Yakub

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sepanggar perlu fokus terhadap gerak kerja bagi memastikan matlamat ‘Tawan Sepanggar’ akan dapat dilakukan dalam Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan berkata, perkara ini tidak mustahil dilakukan berikutan kelihatan semangat kebangkitan UMNO sudah dirasai dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.

Katanya, kebangkitan ini harus seiring bersama dengan kerja keras serta strategi berkesan bagi memastikan UMNO kembali memerintah dalam PRU15 akan datang.

“Ahli UMNO Sepanggar perlu bersama-sama kepimpinan bahagian dalam mengatur gerak kerja agar matlamat tawan semula Parlimen Sepanggar akan dapat dicapai dalam PRU15.

“Kita yakin ahli UMNO bersedia dalam apa jua keadaan mereka ini sangat setia kepada parti sekali gus dengan semangat bekerja bertungkus lumus meskipun dilambung ombak, mereka tetap setia kepada parti keramat ini,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar hari ini.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ahli UMNO perlu mengubah sikap serta metaliti agar tidak menunggu rakyat datang kepada mereka malah bersedia turun padang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Jangan ada perasaan berpuak-puak dalam kalangan ahli-ahli UMNO. Mereka harus menjalin silaturahim meskipun bukan ahli umno, perkara ini penting agar sifat saling bantu membantu mampu diwujudkan kepada masyarakat sekeliling,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub mengingatkan ahli UMNO terutama kalangan Pergerakkan Pemuda serta Puteri UMNO Sepanggar agar mencari pendekatan terbaik dalam mendekati pengundi 18 tahun.

“Mereka ini berpeluang mengundi pengundi pertama kali ini dalam PRU15…Ini kita akan lihat mereka mampu mengubah lanskap politik di negara ini di masa depan. 

Kita harus bijak untuk memberikan tawaran baharu agar kehadiran mereka dapat membantu parti di masa depan.

“Golongan muda profesional harus diberikan peluang serta ruang dalam UMNO Sepanggar agar mereka dapat menabur segala kepakaran sekali gus membantu mengembalikan UMNO menjadi pilihan Rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Large Scale Solar Menawarkan ‘Value for Money’ untuk Bekalan Elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular