HomeUtamaKerajaan Prihatin Bantu Golongan Asnaf Dapat Rumah Sendiri

Kerajaan Prihatin Bantu Golongan Asnaf Dapat Rumah Sendiri

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memastikan rakyat tempatan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri khususnya dalam ‘Program Perumahan Rakyat (PPR)’ di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, usaha ini adalah satu pendekatan kerajaan untuk menyusun semula penempatan setinggan sekali gus memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Katanya, kerajaan sangat perihatin agar usaha ini dapat memberi tempat perlindungan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa berada di rumah sendiri.

“Ketika 2018 PPR ini sudah mansuhkan oleh kerajaan terdahulu namun kemudiannya diteruskan memandangkan ia merupakan keperluan utama terutama bagi membenteras masalah setinggan di negeri ini.

“Kita akan pastikan selepas ini akan ada lagi penerima PPR terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai menerima kemudahan ini dalam usaha mereka mendapat kediaman sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan Kunci Rumah PPR kepada golongan asnaf di Bukit Payung Telipok di sini hari ini.

Yakub yang juga ADUN Karambunai berkata, selepas ini juga kerajaan akan memastikan penerima PPR akan memperolehi kemudahan bekalan asas termasuk elektrik serta air bagi memberi keselesaan kepada penerima.

“Kita akan bekerjasama rapat dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi mendapatkan maklumat agar lebih ramai penduduk di sekitar DUN Karambunai dapat  memperolehi rumah sendiri di masa depan,” katanya.

Yakub menambah dengan adanya kemudahan PPR ini ia sudah tentu mampu mengatasi masalah isu setinggan khususnya di DUN Karambunai.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular