HomeUtamaLelaki nafi tuduhan miliki kanabis

Lelaki nafi tuduhan miliki kanabis

Read Time:46 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki 68.20 gram kanabis.

Darren Liau, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Monica Linsua.

Mengikut pertuduhan, Darren didakwa memiliki dan mengawal dadah berbahaya jenis kanabis seberat 68.20 gram di sebuah rumah di Jalan Pantai Sembulan Baru, di sini, kira-kira jam 5 petang pada 3 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 39A(2) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang 10 kali.

Mahkamah menetapkan 21 September depan untuk sebutan lanjut kes sementara menunggu laporan kimia dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan.

RELATED ARTICLES
Utama

Jadi tukang urut, dua warga China didenda langgar syarat pas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular