HomeSukanSUKMA XXII : Atlet Tambunan hadiahkan gangsa buat Sabah

SUKMA XXII : Atlet Tambunan hadiahkan gangsa buat Sabah

Read Time:47 Second

SHAH ALAM :  Atlet muda dari Tambunan, Sharon Jastine Silas, menghadiahkan pingat gangsa buat Sabah selepas menamatkan saingan di tempat ketiga dalam acara Angkat Berat Lelaki -79kg pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, pada Selasa.

Atlet berusia 21 tahun itu mempamerkan aksi membanggakan di pentas akhir apabila berjaya melakukan angkatan 125 kilogram dalam Snatch, sebelum meneruskan cabaran menerusi acara Clean & Jerk dengan catatan 140 kilogram.

Gabungan kedua-dua angkatan berkenaan membolehkan Sharon mengumpul jumlah keseluruhan 265 kilogram, sekali gus memastikan beliau berada di kedudukan ketiga keseluruhan dan membawa pulang pingat gangsa untuk Sabah.

Kejayaan tersebut cukup bermakna buat atlet kelahiran Tambunan itu yang tampil membawa harapan negeri di pentas SUKMA.

Berdepan tekanan setiap kali berada di atas platform, Sharon tetap menunjukkan ketenangan dan disiplin untuk menyelesaikan cabaran sehingga tamat.

Pingat yang diraih di Dewan Seri Cempaka itu turut menjadi satu lagi sumbangan penting kepada Kontinjen Negeri Sabah dalam saingan SUKMA Selangor 2026. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

SUKMA XXII : Sumandak Sabah pertahan emas regu berpasukan wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular