HomeUtamaKerajaan Madani Tidak Ambil Alih DTSB - MKN

Kerajaan Madani Tidak Ambil Alih DTSB – MKN

Read Time:45 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI berpendirian untuk tidak mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) yang menyediakan perkhidmatan berkaitan identiti rakyat.

​Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendirian itu dibuat berikutan laporan media berhubung cadangan pengambilalihan syarikat berkenaan.

​MKN menegaskan identiti rakyat merupakan salah satu aset strategik terpenting negara, dan Kerajaan MADANI sentiasa memberi keutamaan tertinggi kepada keselamatan serta kedaulatan identiti berkenaan.

​”Usaha mengawal selia perkara ini oleh Kerajaan MADANI adalah menerusi rangka kerja perundangan, kewangan, tadbir urus dan keselamatan.

​”Sehubungan itu, Kerajaan MADANI sentiasa meneroka dan meneliti strategi-strategi proaktif dan berkesan yang terbaik untuk mencapai matlamat memelihara keselamatan dan kedaulatan identiti rakyat,” menurut kenyataan itu.

​MKN memberitahu, strategi yang dirangka juga mestilah memberikan nilai terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

​Kenyataan itu turut menambah bahawa Kerajaan MADANI kekal komited bagi memastikan semua pihak yang terlibat terus memberikan perkhidmatan yang selamat dan dipercayai kepada rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

JPM bincang dengan MOT cari kaedah kurangkan tambang penerbangan Sabah, Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular