HomeUtamaTun Musa Aman terima kunjungan hormat Ketua Pengarah Kastam baharu

Tun Musa Aman terima kunjungan hormat Ketua Pengarah Kastam baharu

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang baharu, Datuk Amran Ahmad di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Amran berkata kunjungan itu antara lain bertujuan memperkenalkan diri selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah JKDM berkuat kuasa 9 Mac lalu, menggantikan Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin yang kini dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Menurutnya, kunjungan tersebut turut menjadi platform untuk memaklumkan kepada Tun Musa mengenai perkembangan terkini JKDM, khususnya berkaitan operasi dan penguatkuasaan jabatan di Sabah.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang baharu, Datuk Amran Ahmad

“Selain memperkenalkan diri, kunjungan ini juga adalah bagi memaklumkan Tun Musa akan perkembangan JKDM, khususnya cawangan Sabah berikutan beberapa perkara yang telah kita laksanakan, terutamanya penguatkuasaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata antara tanggungjawab utama JKDM adalah mengutip hasil kerajaan selain memastikan peraturan dan undang-undang berkaitan Akta Kastam dipatuhi.

Katanya, penguatkuasaan itu penting bagi membanteras kegiatan penyeludupan serta mengawal kemasukan bahan-bahan terlarang ke negara ini.

“JKDM juga bekerjasama rapat dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) untuk menguatkuasakan undang-undang, membuat pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara dan negeri,” katanya.

Amran berkata kunjungan hormat itu turut memberi peluang untuk memaklumkan mengenai persaraan wajib Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dr Ahmad Taufik, yang berkuat kuasa hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

HKHM 2026: Persiapan hampir 100 peratus menjelang raptai penuh esok –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular