HomeUtama11 buah sekolah baharu beroperasi tahun ini - Wong

11 buah sekolah baharu beroperasi tahun ini – Wong

Read Time:1 Minute, 22 Second

BERNAMA

KULAI :  Sebanyak 11 sekolah baharu beroperasi di lima negeri dan Putrajaya pada tahun ini bagi menampung keperluan pendidikan serta penduduk di kawasan terlibat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata lapan daripada sekolah berkenaan telah mula beroperasi, manakala tiga lagi sekolah di Johor dijangka dibuka pada September ini.

Wong berkata sekolah yang telah beroperasi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 15(1), Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 15(1), SMK Bandar Baru Sungai Lalang di Kedah serta SMK Trusmadi dan SMK Batu Sapi 2 di Sabah.

“Turut beroperasi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin di Pulau Pinang serta SMK Bandar Tun Hussein Onn dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina di Selangor,” katanya pada sidang media bersempena dengan lawatan rasminya di SK Bandar Putra 2, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulia turut hadir pada majlis itu. 

Wong berkata tiga lagi sekolah di Johor yang akan beroperasi pada 7 Sept ialah SK Bandar Putra 2, di sini serta SMK Suria Jaya, Parit Yaani dan SMK Bandar Dato Onn di Johor Bahru.

Dalam pada itu, beliau berkata pembinaan SK Bandar Putra 2 melibatkan kos RM35.6 juta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk 32 bilik darjah, prasekolah, dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Wong berkata pembinaannya sekali gus akan meringankan beban jumlah murid yang ramai di sekolah berdekatan, iaitu SK Bandar Putra dan SK Putra Utama.

“Pembinaan sekolah baharu ini juga akan memudahkan ibu bapa, terutama yang tinggal berdekatan untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini,” katanya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

HKHM 2026: Persiapan hampir 100 peratus menjelang raptai penuh esok –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular