HomeUtamaKerjasama UCSF, universiti Poland dalam perancangan

Kerjasama UCSF, universiti Poland dalam perancangan

Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama antara University College Sabah Foundation (UCSF), milik Yayasan Sabah, dengan sebuah universiti di Poland kini dalam perancangan.

Duta Poland ke Malaysia, Krzysztof Dariusz Dobrowolski, berkata satu Memorandum Persefahaman (MoU) ke arah kerjasama itu sedang dalam proses penyediaan.

Dobrowolski berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, bagi membincangkan potensi kerjasama ekonomi dua hala di Menara Kinabalu, hari ini.

Duta berkenaan dan Ketua Menteri turut membincangkan potensi bidang kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan.

Ia merupakan kunjungan kelima Dobrowolski ke Kota Kinabalu, dengan kunjungan terakhir pada April tahun ini apabila beliau melawat kampus UCSF.

RELATED ARTICLES
Utama

Jerebu Sabah : Ambil langkah berjaga-jaga, utamakan kesihatan – Naib Canselor...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular