HomeUtamaPemandu warga asing tiada lesen, kenderaan ditahan

Pemandu warga asing tiada lesen, kenderaan ditahan

Read Time:46 Second

KIMANIS: Seorang pemandu warga asing didapati memandu kenderaan perdagangan tanpa lesen memandu dan Lesen Vokasional (GDL) yang sah dalam operasi di sini.

Kenderaan itu ditahan untuk proses timbang di Stesen Penguatkuasa Kimanis dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan yang dijalankan bermula jam 12 tengah malam hingga 9 pagi ini.

Operasi berkenaan melibatkan Ops Kenderaan Perdagangan, Ops Pewa (Pemandu Warga Asing) dan Ops Lebih Muatan.

Susulan pemeriksaan itu, Notis Penahan Kenderaan serta notis saman dikeluarkan atas kesalahan berkaitan.

Kenderaan terbabit kemudiannya diarahkan ke pejabat Stesen Penguatkuasa Kimanis untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah dalam kenyataan menegaskan bahawa pemandu dan pemilik syarikat kenderaan perdagangan bertanggungjawab memastikan setiap kenderaan dikendalikan oleh pemandu yang sah, mempunyai lesen dan dokumen yang lengkap serta mematuhi had muatan yang ditetapkan.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan,” menurut kenyataan itu hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Operasi bersepadu: JPJ Sabah sita kenderaan perdagangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular