HomeUtamaPenunggang motosikal maut dalam kemalangan di Beaufort

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Beaufort

Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Beaufort-Papar berhampiran Simpang Lumat Sentral, di sini.

Mangsa, lelaki tempatan berusia 34 tahun, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal Yamaha NMAX yang ditunggang mangsa dan kereta Perodua Viva dipandu seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun.

Menurut siasatan awal, kedua-dua mereka dalam perjalanan menuju ke tempat kerja ketika kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, Perodua Viva berkenaan sedang membelok ke kanan untuk keluar dari simpang sebelum dilanggar motosikal Yamaha NMAX yang bergerak lurus dari arah Beaufort menuju ke Papar.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak ke atas permukaan jalan dan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala serta badan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Champin berkata, pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu bagi tujuan bedah siasat dan tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Shazree Hashim di talian 010-2531451 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

133 PATI ditahan dalam 20 operasi di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular