HomeUtamaPejalan kaki warga emas maut dilanggar kereta di Penampang

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar kereta di Penampang

Read Time:52 Second

PENAMPANG: Seorang pejalan kaki warga emas lelaki maut selepas dilanggar sebuah motokar di Jalan Penampang–Kota Kinabalu berhampiran Penampang Baru, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang dan membabitkan motokar dipandu lelaki tempatan berusia 66 tahun dengan mangsa yang dipercayai sedang melintas jalan.

Menurutnya, mangsa berusia 81 tahun itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pakar perubatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-809 5133 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sammy turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas dan peka terhadap keadaan persekitaran bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

RELATED ARTICLES
Utama

Kontraktor tempatan digesa tingkat keupayaan laksana projek – Masidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular