HomeUtamaLKAN 2/ 2026 : Perbezaan premium insurans dan bon menyebabkan Kerajaan tanggung...

LKAN 2/ 2026 : Perbezaan premium insurans dan bon menyebabkan Kerajaan tanggung RM32.95 juta

Read Time:1 Minute, 24 Second

KUALA LUMPUR : Kerajaan menanggung perbezaan kos RM32.95 juta bagi insurans dan bon pelaksanaan Pan Borneo Sabah apabila bayaran dibuat berdasarkan nilai kontrak yang lebih tinggi daripada premium sebenar kontraktor.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026, perbezaan premium insurans berjumlah RM25.55 juta melibatkan 22 pakej kerja.

Perbezaan bon pelaksanaan pula ialah RM7.40 juta bagi lima pakej, menjadikan jumlah RM32.95 juta.

Audit menyatakan jumlah itu belum termasuk perbezaan bagi 13 pakej yang resit premium bon pelaksanaannya tidak dikemukakan.
KKR menjelaskan pembayaran premium dibuat berdasarkan kaedah pengukuran serta peruntukan dokumen kontrak.

Bagaimanapun, Audit berpendapat kelemahan penyediaan item kerja awalan menyebabkan Kerajaan menanggung kos yang tidak sepatutnya.

Laporan turut menyatakan isu seumpama ini pernah dibangkitkan dalam LKAN Tahun 2014 Siri 3.

Garis panduan yang ketika itu dijangka dikeluarkan pada akhir 2015 masih belum dikeluarkan semasa pengauditan ini.

Sementara itu, Sebanyak 56 arahan pembayaran bernilai RM163.64 juta bagi Pan Borneo Sabah tidak mematuhi ketetapan kewangan, menurut LKAN 2/2026.

Jumlah itu terdiri daripada RM72.62 juta pembayaran interim yang tidak layak dibayar mengikut ketetapan berkenaan serta RM91.02 juta pembayaran melebihi had siling pengecualian RM250 juta.

Audit mengaitkan keadaan itu dengan kelewatan penyempurnaan dokumen kontrak.

Sebanyak 20 daripada 34 kontrak pakej kerja lewat disempurnakan. Kelewatan turut melibatkan 20 daripada 35 kontrak perunding kejuruteraan dan 16 daripada 35 kontrak perunding ukur bahan.

Audit menyatakan pembayaran tanpa dokumen perjanjian formal yang lengkap mendedahkan Kerajaan kepada risiko undang-undang serta kesukaran menguatkuasakan perlindungan kontrak.

JKR Sabah menjelaskan bayaran dibuat berdasarkan kerja yang telah dilaksanakan dan diperakukan di tapak.

Dapatan RM163.64 juta merujuk ketidakpatuhan pembayaran.

Laporan tidak menyatakan keseluruhan amaun itu merupakan kerugian atau bayaran bagi kerja yang tidak dilaksanakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kakak tiri tidak pernah berjumpa, berhubung dengan Zara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular