HomeUtamaJerebu: Semua sekolah di Tawau ditutup Rabu

Jerebu: Semua sekolah di Tawau ditutup Rabu

Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Semua sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau ditutup esok, susulan situasi jerebu yang melanda kawasan berkenaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu turut membabitkan beberapa kawasan lain di seluruh negara yang terjejas akibat jerebu.

Menurut beliau, selain PPD Tawau, penutupan sekolah turut melibatkan semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan serta beberapa daerah di Selangor, Pahang dan Sarawak.

“Sabah: PPD Tawau,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Fadhlina berkata, sekolah di semua negeri dan daerah lain akan beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan.

Pada masa sama, guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan melaksanakan tugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan.

Penutupan berkenaan dibuat susulan situasi jerebu yang memerlukan langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah.

Ibu bapa dan penjaga di Tawau disaran mengikuti perkembangan serta pemakluman rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan PPD Tawau berhubung status operasi sekolah seterusnya.

Keputusan pembukaan semula sekolah juga tertakluk kepada perkembangan keadaan kualiti udara dan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ibu Zara dibenar ikuti prosiding inkues dari galeri awam Mahkamah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular