HomeUtamaSekolah di Sabah ditutup jika IPU melebihi 150 tiga hari berturut-turut

Sekolah di Sabah ditutup jika IPU melebihi 150 tiga hari berturut-turut

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut akan diarahkan tutup buat sementara waktu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata langkah itu diambil bagi melindungi kesihatan murid dan guru daripada kesan buruk akibat jerebu.

“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, penutupan sekolah berkenaan dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan pendedahan murid dan guru kepada pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan.

Sementara itu, semua sekolah di Tawau telah diarahkan tutup mulai Rabu, 14 Oktober, susulan keadaan jerebu yang semakin buruk di daerah berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji hadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular