HomeUtamaMekanik nafi tuduhan lindungi 48 migran Filipina

Mekanik nafi tuduhan lindungi 48 migran Filipina

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan melindungi 48 warga Filipina yang dipercayai migran yang diseludup, Jun lalu.

Tertuduh, Runt Jamil, 63, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Maslinda @ Linda Mohd Ainal.

Mengikut pertuduhan, Runt bersama seorang individu yang masih bebas didakwa melindungi 48 warga Filipina dengan mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa mereka adalah migran yang diseludup.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 2.20 pagi pada 10 Jun lalu di Lorong 2, Kampung Navahiu 2, Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Januari 2027 untuk pengurusan kes praperbicaraan dan memerintahkan tertuduh terus ditahan reman.

Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Aaron Mark Pius.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

PH Sabah pertahan tiga kerusi Parlimen, teliti kawasan baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular