HomeUtamaMaritim Malaysia Aktifkan Operasi Cari Dua Pemancing Hilang

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Cari Dua Pemancing Hilang

Read Time:1 Minute, 4 Second

SEMPORNA : Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi Carilamat bagi mengesan serta mencari dua pemancing yang tidak pulang setelah keluar memancing di perairan Pulau Mataking, Semporna.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, operasi Carilamat telah diaktifkan pada jam 1.00 petang semalam sebaik menerima aduan berkaitan kejadian.

Katanya, mangsa, Makbul dan Azip Kiram, etnik Bajau Suluk serta tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dikatakan keluar memancing pada 15 Januari lalu namun sehingga kini masih belum pulang.

“Selain aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), aset-aset serta anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Taman-Taman Sabah turut telah digerakkan bagi melaksanakan pencarian.

“Operasi Carilamat yang memasuki hari kedua diteruskan pada jam 7.00 pagi tadi. Sektor pencarian hari kedua ini dibahagi kepada enam sektor dengan keluasan operasi merangkumi 256 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Norrimi berkata, Pos Hadapan Carilamat (PHC) juga telah diaktifkan di Jeti Pelancongan Semporna.

Katanya, angin dengan kelajuan 40-50 km/jam dan ombak setinggi 2.5- 3.5 meter yang melanda kawasan Pantai Timur Sabah akan berlarutan sehingga 20 Januari ini.

“Komuniti maritim diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri apabila melakukan aktiviti di laut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular