HomeUtamaTiada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Negeri Tahun Ini

Tiada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Negeri Tahun Ini

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bagaimanapun, Kabinet Negeri memutuskan hari ini bahawa sebaliknya majlis sambutan negeri “Majlis Ramah Mesra Aidilfitri” akan diadakan untuk kira-kira 1,000 tetamu jemputan pada 7 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, majlis itu hanya atas jemputan dan antara yang dijemput ialah pemimpin pembangkang.

“Begitu juga, Istana Negeri tidak akan mengadakan rumah terbuka tetapi hanya majlis resepsi 100 tetamu jemputan atau lebih,” katanya pada majlis berbuka puasa Sekretriat Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di kediaman rasminya, Seri Gaya di sini hari ini.

Hajiji berkata adalah menggembirakan apabila diperhatikan bahawa kes baharu setiap hari berada dalam aliran menurun, sambil menambah bahawa semoga Covid-19 akan hilang sepenuhnya.

Ketua Menteri merakamkan penghargaan kepada sekretariat Hala Tuju SMJ di bawah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai untuk memastikan pelan tindakan pembangunan Kerajaan Negeri GRS-BN berjaya dilaksanakan.

Beliau berkata Hala Tuju SMJ 1.0 turut mendapat sambutan daripada beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya