HomeUtamaSabah sambut baik kelonggaran SOP, laksana penyesuaian SOP sekiranya perlu

Sabah sambut baik kelonggaran SOP, laksana penyesuaian SOP sekiranya perlu

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur standard operasi (SOP) yang mula berkuatkuasa bermula Ahad ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pengumuman kelonggaran itu juga akan memudahkan lagi kemasukan pelancong-pelancong asing serta langkah bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi.

“Walau bagaimanapun, sekiranya perlu dan bilamana perlu Kerajaan Negeri akan membuat penyesuaian kepada SOP-SOP tersebut dengan  mengambilkira keperluan dan keadaan tempatan.

“Pertimbangan utama kita ialah mengekalkan momentum pemulihan bagi membolehkan negeri ini beralih ke fasa endemik dengan lebih cepat,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah kes jangkitan baharu yang dilaporkan pada hari ini meningkat kepada 46 kes dengan pertambahan 10 kes berbanding semalam.

Katanya, keadaan disemua daerah di Sabah kekal stabil dan terkawal seterusnya pergerakan turun naik jangkitan baharu adalah pada skala yang kecil.

“Sebanyak 11 daerah mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu berbanding enam  daerah yang mencatatkan penurunan.

“Sebanyak 10 daerah lagi kekal dengan angka jangkitan  yang sama sebagaimana catatan semalam. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 12 daerah,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, buat pertama kalinya sejak beberapa bulan lalu, tidak ada daerah di Sabah yang mencatatkan jangkitan baharu dua angka.

Katanya, daerah Penampang mencatatkan jangkitan baharu yang tertinggi hari ini dengan sembilan kes (+8) diikuti oleh Kota Kinabalu dengan lapan kes (-3).

“Seramai 45 orang daripada 46 pesakit baharu adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

“Terdapat 1 kes dalam Kategori 3, dan tidak ada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular