HomeUtamaRM12.7 bilion diperuntukkan bagi membina 19 pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo

RM12.7 bilion diperuntukkan bagi membina 19 pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo

Read Time:1 Minute, 6 Second

TONGOD: Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) menyambut baik kelulusan peruntukan sebanyak RM12.7 bilion bagi membina 19 lagi baki pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kelulusan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Katanya, pembinaan baki 19 pakej itu dijangka dilancarkan pada November depan selepas syarikat yang layak dilantik Kementerian Kewangan bagi melaksanakannya.

“Saya dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Kabinet telah meluluskan peruntukan untuk baki 19 pakej Pan Borneo fasa satu itu.

“Saya akan terus menyuarakan isu ini selagi ia belum dimulakan tetapi saya yakin dengan janji Perdana Menteri yang mengatakan insyaAllah tahun ini pakej ini akan dianugerahkan kepada syarikat yang berkelayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran projek menaik taraf Jalan Linayukan, Tongod – Sinaron, Sook, Keningau dan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Pesta Kaamatan di Kampung Lalampas, di sini, semalam.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pihaknya menerima baik pemberian peruntukan itu melalui dana infrastruktur kerajaan seterusnya tidak perlu penggunaan inisiatif kewangan swasta (PFI).

Bagaimanapun, katanya bagi pembinaan fasa dua nanti pihaknya akan mencadangkan semula penggunaan PFI.

Kelmarin , Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan bahawa peruntukan untuk baki 19 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo berjumlah RM12.7 bilion sudah diluluskan Kabinet.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengamal media bantu kerajaan sebar, terangkan berita tepat, sahih kepada rakyat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya