HomeIsu tempatanlebih satu tan minyak masak paket  di Semporna - Maritim

lebih satu tan minyak masak paket  di Semporna – Maritim

Read Time:44 Second

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak paket di perairan timur laut Pulau Kulapuan dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, bot peronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.7 batu nautika di kawasan berkenaan sebelum melakukan pintasan.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan, berkata tekong bot bagaimanapun mengemudi bot ke kawasan lebih cetek sebelum terjun melarikan diri ke kawasan daratan berhampiran. 

“Pemeriksaan ke atas bot menemukan lebih satu tan minyak masak paket disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media semalam

Norrimi berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin dianggar RM8,000. 

Katanya, usaha mengesan pemilik dan dalang penyeludupan barang kawalan berkenaan giat dijalankan. 

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Juhar banyak menyumbang kepada Sabah sepanjang tempoh perkhidmatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular