HomePendapatPolisi sewajarnya perlu bagi pastikan golongan pengeluar tidak beralih, hentikan operasi perniagaan

Polisi sewajarnya perlu bagi pastikan golongan pengeluar tidak beralih, hentikan operasi perniagaan

Read Time:59 Second

KUALA LUMPUR : Polisi sewajarnya perlu dilaksanakan dan diperbetulkan kerajaan bagi menjaga golongan pengeluar makanan agar tidak beralih atau menghentikan operasi perniagaan sedia ada.

Perkara itu disuarakan oleh seorang jurulatih sebuah akademi usahawan yang dikenali sebagai Rizwan dalam satu temubual bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nazim Johan baru-baru ini.

Rizwan berkata, jika tersilap langkah, berkemungkinan bekalan makanan negara akan berkurangan berikutan berlaku persaingan antara pengguna dan penjual.

“Saya lihat berniaga barangan keperluan ini sudah menjadi satu perniagaan yang rugi. Jika ditanya sama ada hendak buat perniagaan margin dua peratus atau 20 peratus, sudah tentu kita akan kata akan buat perniahgaan 20 peratus.

“Jadi jika semua hendak buat perniagaan 20 peratus, siapa lagi mahu buat perniagaan barang keperluan ini, siapa nak menternak, siapa nak bercucuk tanam dan sebagainya,” katanya.

Katanya, kerajaan juga perlu memastikan kebajikan dan keperluan penternak dan petani perlu terus dijaga bagi memastikan bekalan makanan mencukupi.

“Jika mereka ini duduk rumah, lockdown sudah tentu kita tidak makan dan kebulur.  Ini menjadi isu yang hangat dan besar pada masa ini.

“Selain itu jika mereka (penternak dan petani) tidak lagi melaksanakan perniagaan ini, semakin lama bekalan makanan akan terus berkurangan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular