HomeUtamaSorok barang kawalan untuk raih keuntungan tinggi

Sorok barang kawalan untuk raih keuntungan tinggi

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barangan kawalan dalam satu serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Barambangon Kudat semalam.

Dalam operasi pada jam 6.20 petang itu, sebanyak tiga barangan kawalan bernilai keseluruhan RM 6,991.40 berjaya dirampas dengan kerjasama pasukan Batallion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, hasil serbuan telah berjaya merampas sebanyak 402 minyak masak peket satu kilogram (kg); 864 kg gula pasir dan 914 kg tepung gandum.

Katanya, barangan tersebut disyaki diseleweng dengan disorok sebelum dijual pada harga yang lebih tinggi di pasaran sekitar daerah Kudat.

“Ketiga-tiga barang kawalan tersebut telah dirampas dengan nilai sitaankeseluruhan berjumlah RM 6,991.40.

“Berdasarkan keterangan awal, premis yang disiasat (PYDS) telah menyorok dan menjual barang kawalan tersebut pada harga yang lebih tinggi sehingga RM80 sekotak minyak masak dan di pasaran sekitar daerah Kudat secara atas talian,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, seorang lelaki dipercayai pemilik barang kawalan tersebut telah ditahan di tempat kejadian bagi membantu siasatan dan pemeriksaan awal mendapati pemilik tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

Katanya, sebagai tindakan lanjut, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1)Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urusniaga barang kawalan tanpa lesen.

“Siasatan juga akan dilakukan dibawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan ditempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

“Selain itu, siasatan lanjut juga akan dijalankan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 kerana menjual barang kawalan padaharga yang tidak munasabah dan terlalu tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Georgie berkata, KPDNHEP Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dikhuatiri hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular