HomePolitikMasidi sambut baik RUU Antilompat Parti

Masidi sambut baik RUU Antilompat Parti

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menyambut baik Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) berkaitan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat 28 Julai lalu.

Katanya, RUU itu juga dilihat akan dapat menstabilkan sebuah Kerajaan keranya ia sering menjadi salah satu faktor kepada tumbangnya sebuah Kerajaan dan menaikkan Kerajaan yang baharu.

“Saya menyambut baik agar Akta Lompat Parti ini sedikit sebanyak akan dapat memastikan kestabilan Kerajaan kerana ianya sering menjadi salah satu faktor tumbangnya sebuah Kerajaan dan menaikkan Kerajaan yang baharu.

“Kalau kita masih ingat pada 2018, lompat-lompat ini juga membawa kepada tumbangnya Kerajaan Barisan Nasional(BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Pahlawan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka di sini pagi tadi.

Sambutan itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah turut berharap agar akta berkenaan akan dapat menamatkan episod lompat melompat parti yang akhirnya akan menumbangkan Kerajaan yang telah dipilih secara demokratik

Bagaimanapun, Akta Lompat Parti itu di Peringkat Negeri Sabah masih belum dibincangkan secara terperinci namun beliau turut mengalu-alukan akta itu untuk di laksanakan di negeri ini.

Terdahulu, pada Khamis lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti, dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika membacakan keputusan itu berkata, seramai 209 Ahli Dewan Rakyat bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Tuduhan berat pertikai pelantikan Musa sebagai TYT kerana rasuah – Rahman...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular