HomeUtamaMalaysia pantau pergerakan Long March 5B sejak 24 Julai

Malaysia pantau pergerakan Long March 5B sejak 24 Julai

Read Time:1 Minute, 58 Second

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah memantau pergerakan roket Long March 5Bsejak ia dilancarkan pada 24 Julai lalu termasuk meramalkan lokasi serpihan teknologi itu bakal jatuh.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) , Azlikamil Napiah, berkata kejadian sisa serpihan roket itu jatuh bukan perkara baharu malah sudah tiga kali teknologi membabitkan negara China itu jatuh ke bumi selepas ia dilancarkan.

Katanya, lintasan serpihan roket itu turut dialami beberapa negara termasuk negara jiran, Indonesia dan Filipina namun ia tidak dapat dilihat seperti yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Sarawak.

“Serpihan ini sudah mengorbit bumi beberapa kali dan turut melintasi negara lain dan apabila melalui Malaysia, ia sedang mula terbakar iaitu selepas masuk ke atmosfera.

“Serpihan roket dari China ini bukanlah kali pertama jatuh sedemikian, kerana pada 2020, ia jatuh di sekitar lautan barat Afrika dan seterusnya pada tahun lalu, di sekitar kepulauan Maldives. Kali ketiga adalah semalam di sekitar Laut Sulu.

“Sebenarnya, kita sudah memantau pergerakan roket ini sejak 24 Julai lalu iaitu apabila ia dilancarkan oleh China. Serpihan itu juga sudah mula mengorbit bumi sejak beberapa hari lalu sebelum terbakar selepas masuk ke atmosfera.

“Kita sudah boleh meramalkan kawasan di mana ia akan jatuh dan lokasi yang tepat, lebih kurang sejam sebelum ia masuk ke ‘red entry’,” katanya lapor portal BH

Semalam, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan, memaklumkan hasil pemantauan berterusan melalui MYSA serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China mendapati kemasukan semula serpihan roket berkenaan ke ruang udara Bumi dikesan pada jam 12.55 tengah malam waktu Malaysia.

Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur.

Dalam pada itu Polis mengesahkan objek yang ditemukani seorang penduduk di Sepupok, Batu Niah kira-kira 72 dari Miri disahkan serpihan logam yang disyaki sebahagian komponen Roket Long March 5B milik China.

“Hasil tinjauan awal pihak polis mendapati terdapat serpihan logam terbenam ke dalam tanah pada kedalaman lebih kurang semeter di kawasan sekitar rumah salah seorang penduduk di lokasi kejadian. 

“Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak Mosti untuk menganalisis tempat kejadian,” katanya. 

 Tambahnya lagi, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran tempat kejadian kerana bimbangi logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan SSL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya