HomeUtama17,088 pain darah berjaya dikumpulkan BSMM bagi tempoh dua tahun

17,088 pain darah berjaya dikumpulkan BSMM bagi tempoh dua tahun

Read Time:1 Minute, 27 Second

TUARAN : Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah berjaya mengutip sebanyak 17,088 pain darah sepanjang tahun 2020 hingga 2021.

Pengerusi BSMM Negeri Sabah Datuk Asnan Yunus Chung berkata, untuk tahun ini BSMM Sabah telah berjaya mengumpul sebanyak 6,000 pain.

“Pihak kami amat berharap sokongan orang ramai untuk menderma darah bagi mencapai sasaran 10,000 pain menjelang Disember ini.

“Usaha ini dilaksanakan bagi membantu unit tabung darah di hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya ketika negara dilanda pendemik COVID-19 baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Pingat dan Sijil BSMM Peringkat Negeri di Dewan Sri Sulaman di sini semalam.

Mengulas mengenai penganjuran majlis tersebut, Asnan berkata penyampaian sijil dan anugerah itu adalah sebagai menghargai jasa ahli BSMM yang sentiasa bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya sepanjang pandemik COVID-19 dua tahun yang lalu.

“Pada malam bersejarah ini kita adakan pemberian anugerah yang tertangguh akibat pandemik sebagai mengiktiraf jasa ahli-ahli persatuan yang terlibat memberi bantuan pada program derma darah dan pemberian vaksin serta bantuan ke pelbagai kampung,” katanya.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkenan hadir dan menyampaikan pingat kepada lebih 200 ahli Persatuan BSMM di Sabah Sempena Sambutan Hari Palang Merah /Bulan Sabit Merah Sedunia Peringkat Negeri.

Antara sijil dan pingat yang disampaikan dalam majlis tersebut ialah Pingat Perkhidmatan Lama, Pingat Jasa Terpuji, Ahli Seumur Hidup, Pingat Kebaktian Terpuji dan Anugerah Khas Semangat Kemanusiaan.

Hadir sama Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Pengerusi BSMM Kebangsaan Dr Selva Jothi A/L K Selvadura; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai Pengerusi BSMM Daerah Tuaran, Junaidy Azamain.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular