HomeIsu tempatanAmaran hujan berterusan hingga esok di Sabah dan Labuan

Amaran hujan berterusan hingga esok di Sabah dan Labuan

Read Time:34 Second

BERNAMA

Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah dan Labuan hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataannya hari ini, MetMalaysia memaklumkan amaran itu meliputi bahagian pedalaman Sabah (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan MetMalaysia memaklumkan Taufan Noru yang berada pada jarak kira-kira 1,156 kilometer (km) timur laut Sandakan, Sabah setakat pukul 11 pagi tadi, tidak menimbulkan sebarang ancaman besar kepada negara.

Taufan tersebut bergerak ke barat pada kelajuan 20km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 180km/j berada kira-kira 241km timur laut Manila, Filipina.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh kerjasama serantau bersama UNISMUH Makassar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular