HomePolitikPRU-15 : Calon BERSATU Sabah tanding guna logo GRS

PRU-15 : Calon BERSATU Sabah tanding guna logo GRS

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu telah dicapai secara persefahaman bersama kepimpinan BERSATU Sabah yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pada umumnya saya berpuas hati bahawa di Sabah sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi PRU.  Saya juga telah meminta supaya nama-nama bakal calon dari BERSATU khususnya dikemukakan kepada saya dan ianya akan diselesaikan dalam tempoh yang terdekat.

“Tapi calon kita akan bertanding atas nama GRS, mereka pakai logo GRS. Itu persefahaman yang telah kita capai, jadi tiada isu dan masalah kepada soal itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perjumpaan tertutup dengan barisan kepimpinan BERSATU Sabah di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Muhyiddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksaan Hajiji dan rakan dalam GRS khususnya dalam pembahagian kerusi kerana situasi di negeri Sabah agak berbeza.

“Tetapi apa yang penting adalah memberi keuntungan dan faedah kepada rakyat Sabah manakala tentang soal jentera parti, manifesto mungkin perlu disediakan diperingkat nasional namun kita juga akan ambil kira soal kedudukan di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut memuji dengan pencapaian yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui GRS dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Hari ini saya datang ke Sabah bertemu dengan Yang Amat Berhormat Datuk Hajiji (Noor) dan saya telah menerima taklimat dari beliau tentang keadaan Kerajaan Negeri yang saya rasa bangga dengan pencapaian yang sudah dicapai,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular