HomeUtamaRonald Kiandee guna tiket Perikatan Nasional tanding kerusi Parlimen Beluran

Ronald Kiandee guna tiket Perikatan Nasional tanding kerusi Parlimen Beluran

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU – Penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengesahkan bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Beluran bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia berikutan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin BN mencalonkan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Benedict Asmat bagi membawa cabaran gabungan itu di kerusi berkenaan.

Ronald yang tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran pada pukul 8.45 pagi.

Pencadangnya adalah Ramadan Langgian dan Penyokong, Osmond Lawansa.

Pada 2 November lalu, calon bagi kerusi Parlimen Beluran tidak diumumkan pada Majlis Pengumuman calon GRS-BN berikutan rundingan belum selesai sama ada kerusi itu dikekalkan kepada Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan atas tiket GRS atau diserahkan kepada BN.

Pengerusi GRS Parlimen Beluran menyandang kerusi Parlimen Beluran sejak November 1999.

Beliau yang merupakan Naib Presiden Bersatu sejak Ogos 2020 dan dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan dibawah pemerintahan Kerajaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dilantik semula ke jawatan yang sama dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2021.

Sebelum ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN telah bersetuju untuk bekerjasama dalam PRU15 pada 19 Nov ini.

RELATED ARTICLES
EnglishLocal-englishPendapatUtama

An Inspiring Leadership that Celebrates and Reflects Sabah’s Values

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular