HomeUtamaPRU15 : Ronald tunai tanggungjawab di SK Beluran

PRU15 : Ronald tunai tanggungjawab di SK Beluran

Read Time:36 Second

BELURAN : Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang mempertahankan kerusi Parlimen Beluran keluar untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Beliau yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan tiba pada pukul 9.45 pagi di Sekolah Kebangsaan Beluran. Terdahulu, Ronald Kiandee mengesahkan akan bertanding menggunakan tiket PN di kerusi Parlimen Beluran bagi PRU15.

Ia berikutan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin BN mencalonkan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Benedict Asmat bagi membawa cabaran gabungan itu di kerusi berkenaan.

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Rowiena Rashid (Warisan); Benedict Asmat (BN), Felix Joseph Saang (PH) dan Hausing Samsudin (Pejuang). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya