HomeUtamaKerajaan Negeri terus pacu pembangunan modal insan khususnya generasi muda

Kerajaan Negeri terus pacu pembangunan modal insan khususnya generasi muda

Read Time:1 Minute, 33 Second

SANDAKAN: Kerajaan Negeri menerusi pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) akan terus memacu pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, ini penting kerana generasi muda merupakan aset negara yang bakal menerajui negara masa hadapan.

“Oleh itu, kita menaruh sepenuh harapan kepada mereka kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Sung Siew 2022 yang diadakan di sekolah itu, di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berharap, anugerah yang diterima oleh para pelajar cemerlang itu akan mencetus semangat kepada pelajar-pelajar lain agar dapat memotivasikan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

“Tahniah juga kepada para ibu bapa yang sentiasa membantu demi kejayaan anak masing-masing. Kejayaan pelajar pada hari ini adalah menjadi simbol kejayaan sistem pendidikan hasil kerjasama semua pihak. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap program yang dilaksanakan baik dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah,” ujarnya.

Dr. Joachim yang juga merupakan bekas pelajar sekolah itu turut gembira dengan banyak perubahan yang beliau lihat pada sekolah itu dan percaya ia berpotensi melahirkan lebih ramai lagi individu-individu yang berjaya.

“Saya yakin Sekolah Menengah Sung Siew di bawah pimpinan yang ada ini cukup berkebolehan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cukup cemerlang dalam bidang akademik, ko-akademik malah cemerlang dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah peringkat antarabangsa. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada barisan pentadbir, para guru dan anak didik Sung Siew,” katanya.

Seramai 185 pelajar menerima hadiah dan anugerah kecemerlangan pada majlis tersebut.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengelola SM Sung Siew, Vun Soon Chong; Yang Dipertua PIBG SM Sung Siew, Chin Pit Vui; Presiden Persatuan Alumni, Jhonny Lim Si Tsung serta para ibu bapa dan pelajar.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular