HomeSukanSesi pemilihan pemain Piala Presiden dan Piala Belia pada 6 - 14...

Sesi pemilihan pemain Piala Presiden dan Piala Belia pada 6 – 14 Jan depan

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Sesi pemilihan pemain bagi pasukan Piala Presiden dan Piala Belia untuk saingan musim 2023 akan dijalankan selama lapan hari, pada Januari depan.

Pemilihan yang bakal dijalankan di semua lapan zon di seluruh negeri itu akan bermula di Zon Pantai Barat Selatan yang diadakan selama dua hari di Kompleks Sukan Beaufort pada 6 dan 7 Januari.

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), Omar Maya Amat berkata, ia akan diikuti dengan sesi pemilihan bagi Zon Pendalaman Atas di padang Penjara serta padang Institut Perguruan Guru (IPG) Keningau pada 8 Januari.

Katanya, lokasi seterusnya akan diadakan di Zon Pantai Timur Selatan pada 9 Januari di Stadium Tawau bagi kedua-dua kategori.

“Selepas itu, sesi pemilihan akan diadakan Kompleks Sukan Sandakan pada 10 Januari depan untuk Zon Pantai Timur Utara.

“Dan diikuti Zon Tengah pada 11 Januari di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid dan padang Pekan Telupid,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Omar Maya berkata, lokasi seterusnya akan diadakan di Zon Pantai Barat Utara di padang Majlis Daerah Kota Marudu dan padang SMK Bandau pada 12 Januari depan.

Katanya, ia diikuti dengan Zon Pantai Barat Timur pada 13 Januari depan di Padang Selupu Tuaran dan padang Pertanian Tuaran.

“Lokasi terakhir sesi pemilihan iaitu untuk Zon Pantai Barat pula akan diadakan pada 14 Januari di Padang Sukma,” katanya.

Omar Maya berkata, pemain yang ingin hadir untuk sesi pemilihan bawah 20 tahun adalah untuk mereka yang lahir pada tahun 2003 dan 2004.

Manakala katanya, bagi sesi pemilihan Piala Belia pula adalah untuk mereka yang lahir pada tahun 2005 dan 2006,” katanya.

Sehubungan itu, Omar Maya berkata, setiap pemain yang hadir pada sesi pemilihan itu diharap membuat persiapan sebaiknya.

Katanya, pemain juga digalakkan supaya menunjukkan prestasi serta disiplin yang terbaik untuk memikat panel jurulatih pemilihan.

“Senarai panel yang bakal menjalankan sesi pemilihan ini adalah terdiri daripada jurulatih yang berpengalaman,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular