HomeUtamaMemelihara hutan lebih banyak keuntungan dari memusnahkannya - Jeffrey Kitingan

Memelihara hutan lebih banyak keuntungan dari memusnahkannya – Jeffrey Kitingan

Read Time:1 Minute, 10 Second

TAMBUNAN: “Memelihara hutan lebih banyak keuntungan daripada memusnahkannya kerana ia memberi manfaat kepada kehidupan manusia dan haiwan yang hidup di dalamnya”.

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengenai isu bencana alam yang berlaku di negeri ini, kerajaan negeri mempunyai peranan penting mengubah dan mencari jalan agar ada perubahan pada dasar kerajaan.

Katanya, hampir 13 hingga 14 peratus kerosakan yang berlaku akibat daripada bencana alam disebabkan oleh perubahan alam semula jadi termasuklah juga akibat daripada kesan pembalakan dan sebagainya.

“Bencana alam kita tidak boleh diramal dan tidak diketahui bila ianya berlaku. Begitu juga sungai tidak boleh diluruskan kalau memang bengkok kerana itulah aliran semula jadinya,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan dua ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha kepada Masjid Daerah di sini, semalam.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, sudah tiba masanya kerajaan perlu melakukan perubahan.

“Antara perubahan itu ialah pemuliharaan alam semula jadi dengan mengurangkan pembalakan. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud Sabah akan kehilangan sumber kewangan kerana pengurangan pembalakan.

“Namun dengan mengubah dasar untuk mengurangkan pembalakan dan berubah kepada dasar pemuliharaan hutan, kerajaan akan mendapat hasil yang lebih tinggi berbanding dengan pembalakan.

“Ini bukan bermakna pembalakan tidak boleh dilakukan sama sekali kerana ada kawasan-kawasan yang boleh dibalak seperti kawasan hutan yang telah ditanam semula dan tujuannya mempastikan idnsutri kayu-kayan tetap berjalan,” katanya

“Melalui dasar pemuliharaan alam semula jadi, bencana banjir dapat diatasi,” tambahnya.
 

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya