KOTA KINABALU: Satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Bahagian UMNO Tawau, Ghazalie Ansing berkenaan beberapa dakwaan melibatkan dirinya termasuk mendera isterinya dan merogol kawan baik isterinya menerusi sebuah blog yang tular di media sosial sejak Isnin.
Laporan polis itu dibuat terhadap dakwaan blog berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada jam 1.37 pm pada Selasa (9 Mei 2023).
Menurut Ghazalie dalam laporannya, semalam (8 Mei 2023) semasa beliau berada di rumah telah menerima satu pautan blog dari seorang kawannya melalui pesanan whatsapp.
“Apabila saya buka pautan itu mendapati itu adalah blog artikel bertajuk video eksklusif lari dari rumah, isteri Ghazali Ansing buat pendedahan suaminya rogol sahabat dan pembantu rumah.
“Dibawah tajuk itu terdapat dua gambar sebelah kiri gambar isteri saya dengan kawannya dan sebelah kanan gambar saya bersama isteri saya.
“Dalam artikel tersebut penulis blog berkenaan menyatakan pihaknya menerima maklumat pihak tertentu bahawa saya mempunyai krisis dengan isteri saya kerana tabiat judi,” kata laporan itu.
Beliau berkata, penulis artikel itu juga menyatakan beliau sebagai seorang Ketua Bahagian Umno Tawau telah merogol pembantu rumah saya, memiliki pusat hiburan bernama Moretune dan gelar saya sebagi kaki pau.
“Selain itu penulis juga menuduh saya membuat laporan polis berkenaan kejadian curi di rumah saya juga menuduh saya mendera isteri saya.
“Dibawah artikel itu disertakan beberapa gambar saya, dan empat video yang dibuat oleh isteri saya dan kawannya Hana,” jelasnya.
Katanya, perkara ini juga telah disebarkan oleh orang tidak bertanggungjawab dalam aplikasi Tik Tok. berikutan penyebaran fitnah itu di blog berkenaan dan video di aplikasi Tik Tok itu.
“Saya terima pelbagai kritikan dan kecaman terhadap pelbagai pihak seolah-olah saya bersalah dalam perkara ini.
“Dengan ini saya menafikan segala fitnah yang dilemparkan terhadap saya dengan sekeras-kerasnya.
“Perkara ini telah mencemarkan nama baik keluarga saya, menganggu kehidupan harian anak-anak saya yang ditinggalkan oleh isteri saya yang sedang berkomplot dengan musuh politik saya dan reputasi saya sebagai Ketua Bahagian Umno Tawau, selain daripada itu ia juga telah mencemarkan nama baik parti saya.
“Selain dari menafikan segala fitnah tersebut, saya membuat laporan polis ini untuk rujukan SKMM dan siasatan polis, agar siasatan polis ini boleh membersihkan nama baik saya.
keluarga saya dan parti saya,” tegasnya.
Terdahulu, Ghazalie turut mengadakan sidang media menafikan perkara sama sebelum membuat laporan polis itu.