HomeUtamaPARLIMEN : Sabah Mahu Penghantaran Bekalan Vaksin COVID-19 Termasuk Dos Tunggal Terus...

PARLIMEN : Sabah Mahu Penghantaran Bekalan Vaksin COVID-19 Termasuk Dos Tunggal Terus Ditingkatkan & Mencukupi Bagi Melancarkan PICK

Read Time:1 Minute, 28 Second

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan diminta untuk terus meningkatkan jumlah penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke negeri Sabah bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus berjalan lancar tanpa halangan.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Sabah juga turut meminta agar vaksin bagi dos tunggal turut dibekalkan dengan secukupnya ke negeri itu untuk diberikan kepada penduduk di luar bandar dan pedalaman.

Katanya, sebelum ini Sabah dilihat ketinggalan dari segi peratusan pendaftaran dan penerimaan vaksin disebabkan kurangnya bekalan vaksin yang dibekalkan ke negeri itu.

“Sebelum ini saya telah menyuarakan berulang kali perkara berhubung kurangnya bekalan vaksin yang dihantar ke Sabah. Syukur bulan ini penghantaran bekalan vaksin dipertingkatkan berbanding sebelum ini hanya mampu memberikan 10,000 hingga 12,000 dos sehari kepada penerima.

“Justeru, saya meminta kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Penyelaras PICK untuk dapat memastikan bekalan pada bulan-bulan seterusnya jangan diberhentikan dan perlu terus ditambah kerana Sabah ada unik,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika membahaskan penerangan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkenaan Program Vaksinasi di Parlimen hari ini.

Bung berkata, keluasan Sabah yang luas selain faktor geografi yang mencabar juga perlu dilihat dengan keperluan pemberian vaksin dos tunggal kepada penduduk diluar bandar dan pedalaman.

Katanya, pelaksanaan program jangkauan luar (outreach) yang dilaksanakan kini dengan pemberian dua dos vaksin dilihat kurang berkesan kerana petugas perlu datang semula dilokasi yang sama bagi tujuan pemberian vaksin dos kedua.

“Justeru itu, saya syorkan dan mencadangkan agar kerajaan persekutuan memberi kami (Kerajaan Sabah) vaksin dos tunggal untuk diberikan kepada penduduk luar bandar selain terus menghantar bekalan vaksin yang lain dengan secukupnya,” katanya.

Bung turut mencadangkan agar kerajaan mewajibkan pemberian vaksin kepada semua masyarakat agar rakyat di negara ini boleh hidup dalam komuniti yang sudah mencapai imuniti kelompok.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya