HomeUtamaLangkah relevan diperkenal bagi atasi masalah berkaitan kepenggunaan

Langkah relevan diperkenal bagi atasi masalah berkaitan kepenggunaan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan akan sentiasa mengawasi dan membuat penilaian berkenaan isu serta masalah berkaitan dengan pengguna termasuk memperkenalkan langkah-langkah yang relevan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, langkah-langkah itu adalah bagi mengimbangi sebarang kesan negatif akibat ketidak adilan atau penyelewengan.

Katanya, ini juga adalah bagi memastikan hak dan kebajikan pengguna terpelihara dan dapat ditangani.

“Saya berharap semua pihak dapat memainkan peranan bagi menyokong semua inisiatif Kerajaan bagi menambah baik, mengukuhkan dan menguatkuasakan hak dan perlindungan pengguna.

“Pihak kementerian melalui semua cabang dan rangkaian akan sentiasa menyebarkan maklumat dan menyediakan bahan bagi memastikan pengguna mahir dalam menghadapi isu dan cabaran.

“Usaha berterusan ini akan mewujudkan sebuah negara dengan pengguna yang menyedari hak mereka, mampu membuat keputusan yang tepat terutamanya apabila berkaitan dengan transaksi wang ringgit dan lebih bijak berbelanja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan A Capella Kepenggunaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Negeri Sabah dan Labuan 2023 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Walter Kenson.

James berkata, pertandingan yang dilaksanakan itu adalah bertujuan bagi menyampaikan dan menerapkan mesej berkaitan ilmu dan isu kepenggunaan kepada pelajar IPT.

Katanya, ilmu dan isu kepenggunaan dapat diterjemahkan melalui lirik, nyanyian dan gaya persembahan yang boleh menarik minat pendengar dan memberikan satu kelainan kepada medium advokasi kepenggunaan yang tidak pernah digunakan sebelum ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular