HomeUtamaKes Sulu, peguam yakin Malaysia berpeluang menang berdasarkan bukti jelas - Azalina

Kes Sulu, peguam yakin Malaysia berpeluang menang berdasarkan bukti jelas – Azalina

Read Time:1 Minute, 9 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ketika ini, beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol yang mana lapan individu mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.

Katanya, dalam lawatan itu, beliau mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada firma guaman yang mewakili Malaysia iaitu Uria Menandez dari Sepanyol, Bredin Prat (Perancis), Fietta LLP (United Kingdom) dan perunding perhubungan awam PA Associates (United Kingdom) dalam kes tuntutan itu sementara menunggu keputusan Mahkamah The Hague pada 27 Jun ini.

“Namun, apa juga keputusan, kerajaan MADANI kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihara dalam kes ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, semalam

Justeru, Azalina memohon semua rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan memperjuangkan isu itu dan mendoakan kejayaan demi kedaulatan tanah air.

Kumpulan lapan individu warga Filipina itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan Sabah 2025 : Bantuan khas RM300 kepada golongan miskin selama...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular