HomeUtamaHajiji solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

Hajiji solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

Read Time:38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tuaran : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah di Masjid Haji Noor, Kampung Serusup, di sini pagi tadi.

Beliau yang tiba sekitar jam 7.30 pagi disambut oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah, Datuk Norjeli Dais bersama para ahli jawatankuasa masjid.

Hajiji turut melaungkan takbir hari raya bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Imam Masjid, Muhammad Aslam Jubair Jifrih disusuli khutbah yang bertajuk Aidiladha, Hayati Dan Syukuri disampaikan oleh Ketua Imam Masjid Haji Noor, Abdul Basit Salleh.

Seusai solat pada jam 8.30 pagi, Hajiji bekesempatan bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum bertolak ke majlis perasmian Dewan Baru Surau Al Jannah di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran.

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular