HomeIsu tempatanIbadah korban eratkan silaturrahim antara masyarakat di negeri ini

Ibadah korban eratkan silaturrahim antara masyarakat di negeri ini

Read Time:57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tuaran : Pelaksanaan ibadah korban mampu mengeratkan tali silaturrahim antara masyarakat negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ibadah korban bukan sahaja sebagai iktibar pengorbanan Nabi Ibrahim tetapi juga mampu mengeratkan silaturahim masyarakat pelbagai kaum dan agama kaum di Sabah.

Hajiji Noor

Selain itu katanya, Hari Raya Aidiladha merupakan satu perayaan agung bagi masyarakat Islam untuk melaksanakan ibadah korban selain meraikan jutaan umat islam yang berada di tanah suci Mekah menunaikan ibadah haji.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Perasmian Dewan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Surau Al Jannah di IPD Tuaran di sini hari ini.

Dewan yang dinamakan sempena nama beliau itu dilengkapi alat penghawa dingin dan mempunyai kapasiti seratus orang dalam satu masa.

Terdahulu, Hajiji menyerahkan sumbangan dua ekor lembu kepada IPD Tuaran untuk diagih-agihkan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Jasnih Daya,  Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Balai Polis IPD Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag. Maidin.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada pencerobohan kali kedua dan sifar KFR, jadi misi utama ESSCOM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular