HomeIsu tempatanAidiladha platform pupuk semangat kerjasama, bersatu padu laksana ibadah korban

Aidiladha platform pupuk semangat kerjasama, bersatu padu laksana ibadah korban

Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tawau : Sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut secara sederhana di negeri ini dilihat terus menjadi platform bagi memupuk semangat bekerjasama dan bersatu padu dalam menunaikan ibadah korban.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi majlis gotong royong yang dianjurkan oleh pihak masjid di kampung masing-masing.

“Diakui, kemeriahan sambutan raya kali ini agak kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin juga disebabkan keadaan ekonomi dan sebagainya.

“Bagaimanapun, semangat saling bekerjasama dalam kalangan penduduk kampung masih dapat dilakukan sekali gus menghidupkan suasana muhibbah dan meriah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah berkata, tradisi gotong royong bagi melaksanakan ibadah korban ini adalah satu perkara yang harus dipertahankan.

Katanya, kemeriahan satu-satu sambutan itu bukan diukur dengan mewah atau banyaknya haiwan yang dikorbankan.

“Sebaliknya banyak hikmah yang kita dapat daripada ibadah korban ini seperti mengeratkan silaturahim, saling berkomuniskasi, bermaafan, bekerjasama dan paling penting dapat mengingatkan kita akan tanggungjawab sebagai umat Islam untuk berkorban,” katanya.

Dalam pada itu, Rina turut meluangkan masa menyantuni masyarakat di Kampung Sentosa, Airport Lama, Seri Menanti dan Jawa Lanut bagi melihat sendiri proses ibadah korban yang dianjurkan pengurusan masjid serta surau di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Rina turut merakamkan rasa syukur atas keputusan Mahkamah Rayyan The Hague, Belanda, kelmarin, yang menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasa award akhir timbang sebanyak RM62.59 bilion, berkaitan tuntutan ke atas Sabah.

“Tahniah kepada kerajaan Negeri dan Pusat kerana terus berusaha mempertahan kedaulatan Sabah.

“Diharapkan rakyat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin mengenai tuntutan ini yang sering digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan kegusaran awam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular