HomeIsu tempatanRemaja lelaki maut, pembonceng patah lutut

Remaja lelaki maut, pembonceng patah lutut

Read Time:1 Minute, 1 Second

LABUAN: Seorang remaja lelaki maut manakala pemboncengnya mengalami kecederaan patah di lutut kiri apabila motosikal yang mereka tunggang terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Bukit Besar berhampiran Simpang Bidara 57 dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis W.P. Labuan Superintenden Ahmad Jawila berkata, pada 29 Jun 2023 jam lebih kurang 10.20 pagi, pihak polis telah menerima maklumat mengenai satu kejadian kemalangan terbabas sendiri berlaku di Jalan Bukit Besar berhampiran Simpang Bidara 57, W.P Labuan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda ADV.

“Siasatan polis mendapati, mangsa berusia 13 tahun menunggang motosikal bersama seorang pembonceng iaitu sepupu mangsa dari arah bulatan Taman Mutiara menuju ke arah Kampung Sungai Lada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ahmad, motosikal mangsa telah terbabas dipercayai hilang kawalan dan melanggar penghadang besi menyebabkan mangsa terpelanting serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala sepupu mangsa seorang lelaki tempatan berusia 15 tahun mengalami kecederaan patah di lutut kiri dirawat di Hospital Labuan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Ansyahdinullah Sabarudin di bawa ke Hospital Labuan dan diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular