HomeUtamaSPRM tahan tiga individu termasuk anggota penguatkuasa

SPRM tahan tiga individu termasuk anggota penguatkuasa

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguatkuasa kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.

Sumber berkata, suspek berusia 35 tahun yang bertugas di Tawau dipercayai bersubahat dengan dua lelaki berusia antara 40 hingga lewat 50-an yang bertindak sebagai orang tengah bagi melepaskan warganegara asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ditahan ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 6 petang, semalam.

Beliau berkata, warga Indonesia terbabit yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dipercayai keluar dari daerah Tawau ke Kuala Lumpur tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, semua suspek akan ditahan selama 24 jam bagi tujuan siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular