HomeEkonomiLulus diskaun 50% kadar sewa premis niaga milik Perbadanan Labuan - Anifah

Lulus diskaun 50% kadar sewa premis niaga milik Perbadanan Labuan – Anifah

Read Time:53 Second

LABUAN: Mesyuarat Perbadanan Labuan yang telah dipengerusikan oleh Senator Tan Sri Anifah Aman, pada hari ini telah meluluskan pemberian diskaun 50 peratus kadar sewa premis niaga milik Perbadanan Labuan yang terletak di Aras 1 dan 2, Pasar Sentral Labuan dan kawasan sekitarnya.

Diskaun 50 peratus ini melibatkan Pasar Khinzir, Stesen Bas dan Stesen Teksi. Ini merupakan inisiatif awal yang diberi perhatian oleh Pengerusi dan Anggota Perbadanan Labuan yang baru sahaja dilantik pada 19 Jun lalu.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Perbadanan Labuan telah memperuntukkan sebanyak RM364,560.00 bagi menampung pemberian diskaun ini berkuat kuasa selama tempoh satu tahun
bermula pada 1 Januari sehingga 31 Disember 2023.

“Ini memberikan manfaat kepada
178 lot premis niaga milik PL melibatkan 151 lot gerai di Aras 1, 13 lot gerai di Aras 2, 10 unit kiosk (berdekatan meja jualan produk makanan kering), tiga lot gerai di stesen bas dan teksi serta sebuah pasar khinzir.

“Perbadanan Labuan sentiasa prihatin dan peka terhadap keluhan para peniaga. Justeru, pemberian diskaun ini diharapkan dapat memberikan kelegaan dalam usaha
memulihkan sumber pendapatan mereka,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular