HomeUtamaLelaki menyamar polis ditahan di Keningau

Lelaki menyamar polis ditahan di Keningau

Read Time:33 Second

KOta Kinabalu — Seorang lelaki ditahan kerana menyamar anggota polis di Keningau, Sabah, semalam.

Warga tempatan berusia 22 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Keningau ketika Op Samseng Jalanan kira-kira 2 petang.

Ketua Polis Keningau, Nor Rafidah Kasim, berkata suspek ketika itu berpakaian preman dan jaket hijau tertera tulisan “polis”.

“Ketika diminta menunjukkan identiti polis dan MyKad bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan, suspek gagal kemukakan kepada polis.

“Suspek kemudian dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, beberapa barangan lain dan motosikal ditunggang suspek dirampas, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama penjawat awam penting, pacu pembangunan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular