HomeUtamaKOSAN telah maklum lebih awal dan masa yang cukup kepada penyewa-penyewa untuk...

KOSAN telah maklum lebih awal dan masa yang cukup kepada penyewa-penyewa untuk pengosongan

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN), Datuk Ellron Angin berkata dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan mengenai dakwaan penyewa bahawa cara pengosongan tersebut secara tergesa-gesa adalah tidak benar kerana penyewa telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 14 Mac 2019 lagi. Jangka pengosongan adalah selama 3 bulan.

Walaubagaimanapun kebanyakan penyewa telah memohon kepada KOSAN agar tempoh pengosongan dilanjutkan sehingga Disember 2019. Dan ia dipersetujui.

“Dalam jangka waktu ini, penyewa-penyewa telah diberikan masa yang mencukupi untuk mengosongkan bangunan.

“Memandangkan akibat penularan COVID 19, maka pengosongan tidak berjalan lancar yang melibatkan sebilangan kecil sahaja penyewa yang masih berada di bangunan tersebut sehingga tarikh akhir pengosongan pada 24 Julai 2021,” katanya.

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah menyatakan bahawa KOSAN, di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30, yang telah diadakan pada 29 Jun 2013, telah meluluskan cadangan untuk membangunkan tanah-tanah milik KOSAN.

“Selaras dengan itu, bagi Pembangunan Tanah Wisma KOSAN, Likas ianya telah ditandatangani pada 24 Ogos 2015, dimana terletaknya Wisma KOSAN adalah tanah yang dimiliki oleh KOSAN sendiri dan bukanlah tanah Kerajaan,” jelasnya.

Berikutan dengan pembangunan ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada anggota-anggota KOSAN serta rakyat Negeri Sabah dimana bangunan yang akan dibangunkan mengandungi “apartment” mampu milik, ruang pejabat serta lot-lot kedai.

Katanya, pembangunan Tanah Wisma KOSAN Likas, ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan oleh anggota-anggota KOSAN didalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 34, yang telah diadakan pada 19 Ogos 2017.

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular