HomeUtamaTenaga solar di Sabah, Sarawak guna bateri EV

Tenaga solar di Sabah, Sarawak guna bateri EV

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Satu sistem baharu perlu diwujudkan bagi menggantikan penggunaan bateri lama pada panel solar kepada bateri berkonsepkan bateri Kereta Elektrik (EV).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, teknologi itu diyakini akan dapat menjadi satu ‘game changer’ dalam pembekalan elektrik luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Peralihan tenaga ini termasuk dalam dasar tenaga elektrik negara dan pemasangan panel solar ini secara besar-besaran telah dilakukan tetapi kita lihat terdapat beberapa kesukaran dari segi pemasangan solar di kawasan luar bandar terutama pemasangan diatas bumbung.

“Namun oleh kerana sistem penukaran bateri itu diberikan kepada satu pihak khususnya di Sabah dan Sarawak yang kawasannya terlalu luas maka ianya dilihat tidak praktikal  dan mengambil masa dan akhirnya kawasan yang menggunakan tenaga solar mengalami kegelapan yang lebih lama.

“Oleh yang demikian, satu sistem baharu perlu diwujudkan untuk kaedah mengantikan bateri ini dengan bateri yang baharu sebagai mana bateri EV,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis penutupan Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata teknologi baharu tenaga solar untuk luar bandar Sabah dan Sarawak itu bakal membawa perubahan dalam pembekalan elektrik menerusi program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

“Kaedah yang saya nyatakan itu (sistem lama) akan ditukar dan penukaran ini mesti diambil kira teknologi baharu bagi pemasangan sistem panel solar di kawasan luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid berkata, bateri EV yang akan digunakan dalam sistem baharu tenaga solar itu mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

Katanya, pembekal bateri untuk sistem tenaga solar yang akan dilaksanakan juga akan ditambah dan diletakkan di beberapa kawasan berbanding hanya satu pembekal yang digunakan sebelum ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular