HomeUtamaCuaca Panas : Kota Marudu daerah terbaharu berada pada tahap berjaga-jaga

Cuaca Panas : Kota Marudu daerah terbaharu berada pada tahap berjaga-jaga

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Daerah Kota Marudu di Sabah menjadi kawasan terbaharu yang dikategorikan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang kembali melanda negara pada masa ini.

Selain Kota Marudu, daerah lain yang dikategorikan berada pada tahap berjaga-jaga ialah di Tuaran; Beluran dan Kinabatangan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, rekod bacaan suhu maksimum itu telah dikemaskini pada jam 4.40 petang tadi.

“Berdasarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh negara setakat jam 4.40 petang tadi, terdapat empat kawasan di Sabah berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

“Antara daerah terlibat Beluran, Tuaran, Kinabatangan dan Kota Marudu,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah celcius dan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular