HomeUtamaDUN Sabah : MUIS berjaya kutip zakat lebih RM76 juta sehingga Jun...

DUN Sabah : MUIS berjaya kutip zakat lebih RM76 juta sehingga Jun lalu

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah berjaya memungut kutipan zakat sebanyak lebih RM76 juta yang direkodkan sehingga Jun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, jumlah itu adalah meliputi dari pelbagai jenis pungutan zakat.

Antaranya ialah Zakat Pendapatan; Zakat Penggajian; Zakat Simpanan; Zakat Perniagaan; Zakat Emas/Perak; Zakat Saham; Zakat Pertanian; Zakat Ternakan dan Zakat Fitrah.

“Kutipan zakat itu adalah dari pelbagai jenis iaitu antaranya Zakat Pendapatan iaitu sebanyak RM5,419,984.32; Zakat Penggajian (RM33,630,129.10); Zakat Simpanan (RM4,179,495.03); Zakat Perniagaan (RM22,432,855.30) dan Zakat Emas/ Perak iaitu sebanyak RM561,625.54.

“Selain itu, jumlah yang berjaya dipungut itu juga meliputi Zakat Saham sebanyak RM115,735.76; Zakat Pertanian (RM35,909.08); Zakat Ternakan (RM17,451.02) dan Zakat Fitrah sebanyak RM10,270,695.26,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawb pertanyaan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (PGRS- Sebatik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ruslan berkata, bagi agihan zakat kepada asnaf (penerima) sehingga Jun lalu adalah sebanyak RM76,506,163.58

Katanya, pecahan agihan adalah meliputi kepada Fakir sebanyak RM28,564,966.46; Miskin (RM12,083,003.24) dan Amil sebanyak RM7,221,835.47.

“Selain itu, agihan turut diberikan kepada Mualaf sebanyak RM1,780,385.50; Al Riqab (RM12,081,167.33); Ibnu Sabil (RM226,367.89); Gharimin (RM126,690) dan Fisabilillah sebanyak RM14,421,747.69,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular